Thursday, July 15, 2010
PUDU JAIL - PENJARA PUDU 1895-2010. THE END OF HISTORICAL BUILDING.
Atas alasan pembangunan, Penjara Pudu dibina pada 1895 kira - kira 115 tahun yang lalu. Sebahagian dari temboknya telah diruntuhkan. Tidak lama lagi, Penjara Pudu hanya tinggal kenangan disebabkan UDA Holdings Bhd telah diberikan kebenaran untuk "membangunkan" penjara tersebut menjadi kawasan komersil iaitu Bukit Bintang City Centre. Projek yang berharga RM5 Billion. Projek tersebut yang akan meliputi kawasan seluas 7.76 hektar itu akan dibangunkan ruang perniagaan, menara pejabat, apartmen servis, hotel, pusat komersial dan rekreasi serta hab pengangkutan awam mini. Lebih detail lagi, dibangunkan dengan dua menara kondominium setinggi 36 tingkat mengandungi 700 unit, podium runcit setinggi dua tingkat dengan 24 unit ruang niaga serta pusat beli belah lima tingkat.
Agak malang buat warga Malaysia, penjara tersebut diruntuhkan semata-mata kerana pembangunan yang hanya menguntungkan sesetengah golongan sahaja. Tambah malang lagi, seorang menteri yang sepatutnya menjaga warisan negara mengatakan Penjara Pudu bukannya dan tidak layak dijadikan warisan negara. Beliau berkata, sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.
"Penjara semata-mata bukanlah satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika. Namun demikian bagi mereka yang mempunyai kerinduan di zaman lampau, kita boleh menggunakan pintu gerbang sebagai satu preservasi". Tambah kelakar lagi bila beliau menghalang pintu gerbang penjara dirobohkan. Ia dirizabkan dan diletakkan ditempat sesuai. Kalau beliau mengatakan bahawa Penjara Pudu bukannya warisan, kenapa pula pintu gerbang dirizabkan. Robohkan saja.
Mungkin beliau lupa lukisan morul di pagar penjara tersebut dimasukkan di dalam Guinness World Records. Mungkin juga dia lupa penjara itu dibina pada tahun 1895. Seperti kata bekas Perdana Menteri kita, "Melayu Mudah Lupa".
Selepas Penjara Pudu, apa lagi yang akan dipindah dan dirobohkan atas alasan pembanguan yang hanya menguntungkan pihak - pihak tertentu. Malah ada ura - ura mengatakan bahawa Lapangan terbang Sungai Besi dan Universiti Malaya akan dipindahkan.
Source
http://www.prison.gov.my/pride/index.php?view=article&catid=37%3Awarta-sejarah&id=318%3Apenjara-pudu-dalam-kenangan&option=com_content&Itemid=75
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenjaraPudutiadaciriwarisanyangbernilai_Rais/Article/index_html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM5bmajutapakPenjaraPudu/Article
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment